Rabu, 12 Januari 2011

9 Ciri-Ciri Wanita yang Diidamkan


1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung lelaki yang beristeri dengan wanita seperti ini.



2. Inner Beauty

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah inner beauty  yang dicari oleh banyak lelaki. Kalau cantik, itu sebagai BONUS!!!

Wanita yang mempunyai inner beauty  tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan uang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata karena harta dan kekayaan.


3. Manja

Lelaki suka wanita yang kekanak-kanakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan kekanak-kanakan yang melampaui batas tidak sesuai karena ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang (read: ga dewasa)



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah untuk dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang tertarik wanita yang pandai menjaga kecantikan, karena ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlaq Mulia

Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Memamerkan Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri karena keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa? Sebab wanita yang cerewet mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca raut wajah suaminya. Lantas, bertindak menghibur atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk saat Mata Memandang seperti di bawah ini:



.:: - Bersopan santun

.:: - Senantiasa memaniskan wajah

.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: - Menutup aurat

.:: - Ramah

.:: - Tidak terlalu cemburu

.:: - Menghormati orang lain



Semoga Bermanfaat ^^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar